Ahmad Zewail
Ahmad Zewail

Ahmad Zewail

Dr. Ahmad Zewail seorang tokoh pakar sains Mesir telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel 1999 dalam bidang kimia.Dr. Zewail merupakan saintis Islam kedua selepas Prof. Abdus Salam, rakyat Pakistan yang menerima anugerah berprestij tersebut di atas jasanya untuk penemuan Femto Second, iaitu kaedah mengesan pergerakan atom dan molekul menerusi sukatan waktu yang tepat.Penemuan tersebut dikatakan berupaya mengesan ukuran jarak dalam unit bagi pergerakan molekul iaitu bersamaan dengan 1/100 juta sentimeter manakala kelajuan diukur berdasarkan satu kilometer sesaat.Dengan bantuan Femto Laser, ia akan membolehkan sukatan unit masa untuk pergerakan yang bersamaan dengan 100 Femto Second. Beliau kini menetap di San Marino, California bersama isterinya Dema Zewail yang merupakan ahli perubatan di Universiti California, Los Angeles (UCLA). Dia mendapat kerakyatan Amerika Syarikat pada 1982.Sementara itu beliau juga pernah menyandang Anugerah Kerusi Linus Pauling bagi mengiktiraf saintis dalam bidang Fizik Kimia di California Institute of Technology, Pasadena sejak tahun 1990.Fakta menarik Dr. Ahmad Zewail